Mutiara
Mutiara Kata Doa Zikir

Mutiara Kata

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita suka. Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Meninggi jangan sampai lupa diri, merendah jangan sampai hilang maruah.
Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.
Suatu hari, kita semua, tidak lebih daripada sekadar satu memori.
Memaafkan kesalahan orang lain merupakan tanda-tanda orang bertaqwa dan antara sifat tertinggi bagi mereka yang beriman.
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Jadilah manusia yang mempunyai cita-cita yang tinggi, melalui kesukaran untuk sentiasa mendaki kearah kejayaan, secara istiqamah, elakkan dari kecundang. Ketahuilah bahawa hidup ini ibarat beberapa detik sahaja, jadilah seperti semut yang sentiasa sabar dan tabah.
Perjalanan seribu batu bermula dengan hanya satu kaki yang melangkah.
Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang.
Surah Ali-Imran: 54
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Saat kau memberi orang lain, sesungguhnya pemberian itu adalah untukmu. Saat kau mendoakan orang lain, sesungguhnya doa itu juga adalah untukmu.
Dunia ini ibarat bayangan: kejar dia dan engkau tak akan pernah boleh menangkapnya; balikkan badanmu darinya dan dia tak punya pilihan lain kecuali mengikutimu.
Ibnu al-Qayyim
Jangan bersahabat dengan sembarangan manusia melainkan mereka yang dapat memelihara rahsia kamu dan menutup aib kamu.
Jangan berfikir untuk menjadi sempurna, tapi berfikirlah untuk menjadi berguna.
Selagi kita wujud di dunia ini, jangan terkejut dengan hadirnya kesedihan.
Ibn Ata Allah al-Iskandari
Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Sabda Rasulullah SAW
Jangan risaukan sesuatu yang tidak kita miliki tapi risaukanlah sesuatu yang tidak kita syukuri.
Apa yang melewatkanku tidak akan pernah menjadi takdirku, dan apa yang ditakdirkan untukku tidak akan pernah melewatkanku.
Umar bin Khatab
Tidak setiap nikmat bererti kemuliaan, tidak setiap ujian bererti hukuman.
Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.
Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal-hal yang baik, pasti akan disibukkan dengan hal-hal yang batil.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.
Surah al-Baqarah: 286
Kehidupan dunia diciptakan sebagai tempat ujian. Orang bijaksana harus membiasakan dirinya dengan penuh kesabaran.
Ibn al-Jawzi
Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah.
Ketika semua orang menjauhi dirimu ketika kamu ditimpa musibah, maka ketahuilah bahawa Allah hendak menyelesaikan urusanmu, cukuplah Allah sebagai Penolong.
Imam Syafi'i
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
Untuk semua kepedihan yang kita alami, bersabar dan bertahanlah. Kerana Allah swt tahu dimana batas kemampuan kita.
Kita tidak tahu usaha dan doa yang mana akan terkabul, maka teruslah berusaha dan berdoa.
Jadilah orang yang bermartabat, jujur dan selalu menyampaikan kebenaran.
Umar bin Khatab
Hidup ini umpama roda yang berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Surah Ad-Duha: 7
Jangan risau dengan arah hidupmu akan ke mana. Yang menjadi bahagianmu akan tetap menjadi milikmu.
Setiap dan semua bahagian dari dunia ini adalah perangkap bagi yang jahil dan mengangkat kebahagiaan bagi yang bijak.
Rumi
Orang yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
Untuk mendapatkan yang kamu suka, pertama kamu harus sabar dengan yang kamu tidak sukai.
Hidup bukan tentang menunggu badai berlalu, tetapi belajar menari di tengah hujan.
Setiap kejayaan bermula dengan keputusan untuk mencuba.
Ketika orang lain meragukanmu, yang harus kamu lakukan adalah percaya pada diri sendiri dan buktikan kemampuanmu.
Dan demikianlah rahsia dunia ini. Jika engkau membuang cinta dunia dari hatimu, dunia akan tersedia untuk engkau ambil. Engkau boleh memiliki dunia kerana ia berada di tanganmu dan bukan di dalam hatimu.
Hamzah Yusuf
Perjuangan hari ini akan menentukan siapa kita pada hari esok.
Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan.
Surah al-Hajj: 77
Roti sepotong, air segelas dan kain selembar yang diperolehi dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang menjadi penyesalan kemudiannya.
Imam Abu Hanifah
Ingatlah selalu bahawa Allah tidak akan pernah mengambil apa pun darimu, tanpa rencana untuk menggantikannya dengan sesuatu yang jauh lebih baik.
Takut dengan masa depan menunjukkan rendahnya adab kepada Allah.
Dr Muhammad al-Ghamidi
Hidayah Allah itu umpama cahaya, tidak akan menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya.